=========================================
Maafkan diri sendiri baru mudah untuk Maafkan orang lain...
Maafkan diri kerana menganggap, apa yang berlaku adalah hukuman atau balasan buruk..
Maafkan diri yang Sering mencari salah diri...
Sebab Semua yang telah berlaku Bukan hukuman,
terapi proses untuk kita kembali kepada diri kita yang Fitrah.
Semua hanyalah loceng kesedaran untuk kita masuk ke dalam.
Membuka gerbang spiritual.
Dekat dengan-Nya dan kembali menjadi diri yang penuh belas kasih.
Kekadang... kita berusaha agar disayangi oleh pasangan, mak, ayah, anak-anak, orang sekeliling...
Tetapi selepas ke Ehati... Ciklong sedar... Kita harus belajar menyayangi diri kita sendiri dulu. Kita Mungkin Sudah Sayang diri Tapi yang paling penting... Maafkan diri sendiri...
"AJARI HATIKU"
Revolusi Hati by Coach Niza Aris
Thursday, March 30, 2017
Renungan Malam!
~ Cara Allah menyayangimu bukan dengan meringankan masalahmu, tapi dengan menguatkan jiwamu sehingga sehebat apapun masalahmu kau tetap bertahan dan tak menyerah.
~ Cara Allah menyayangimu bukan dengan mengurangi beban yang kau pikul, tapi dengan mengokohkan pundakmu, sehingga kau mampu memikul amanah yang diberikan kepadamu
~ Cara Allah menyayangimu mungkin tidak dengan memudahkan jalanmu menuju sukses, tapi dengan kesulitan yang kelak baru kau sadari bahwa kesulitan itu yang akan membuatmu semakin berkesan dan istimewa
~ Hidup itu ......
• Butuh masalah supaya kita punya kekuatan
• Butuh pengorbanan supaya kita tahu cara bekerja keras
• Butuh air mata supaya kita tahu merendahkan hati
• Butuh dicela supaya kita tahu bagaimana cara menghargai
• Butuh tertawa supaya kita tahu mengucap syukur
• Butuh senyum supaya tahu kita punya cinta
• Butuh orang lain supaya tahu kita tidak sendiri
Semoga bermanfa'at...

JADUAL KEHIDUPAN
JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS
1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pagi)
- mandi dan ambil wuduk
2. Solat sunat Wuduk.
3. Solat sunat Taubat.
4. Solat sunat Tahajjud
5. Solat sunat Hajat ( mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak ).
6. Solat sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfar 100 x
8. Tahlil 300 x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x
10. Tasbih 40 x
11. Solat sunat Fajar.
12. Solat fardhu Subuh.
13. Baca Yassin selepas solat Subuh.
14. Solat sunat Dhuha.
15. Solat fardhu Zuhur.
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
16.Solat fardhu Asar
- solat sunat sebelum
17. Solat fardhu Maghrib
- solat sunat selepas
18. Solat fardhu Isya'
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- al-quran :
- surah Al-mulk
- surah Sajjadah
- surah al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
[Ustaz Ismail Kamus]
Tuesday, March 28, 2017
2016 Tahun Dugaan!
Kehidupan tanpa dugaan pasti tiada kemanisannya..
Tahun 2016 tahun yg penuh dugaan..
Ibarat "Sudahlah jatuh,ditimpa tangga pula"
Namun keep positive..
Dugaan mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan yg sebenar...
Apa yg kita tanggung xsama seperti yg org lain tanggung..
Allah dh tetapkan setiap dugaan itu mengikut kemampuaan hambaNYA...
Dah puas menangis..
Dah penat merintih..
Rupanya Allah nak kita lebih dekat dgnNya..
Allah..
Allah..
Allah..
Ampunkan kami yg berdosa ini..
Berikan kekuatan kpd kami utk teruskn kehidupan..
Allah..
Allah..
Allah..
Kerdilnya rasa diri..
Sabar..
Tabah..
Syukur..
Salam Sayang
(UMIE LAWI)
10.20am

Waktu Kita!
Ingatan...
⏰ *WAKTU KITA*
*🕯Waktu sedang "Berjaya*", kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
*🕯Waktu sedang "Berkuasa*", kita percaya diri melakukan apa saja.
*🕯Waktu sedang "Tak Berdaya*", barulah kita sedar siapa saja sahabat sejati yang ada.
*🕯Waktu sedang "Jatuh*", kita baru sedar selama ini siapa saja teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.
*🕯Waktu sedang "Sakit*", kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.
*🕯Manakala "Miskin*", kita baru tahu jadi orang harus banyak memberi/menderma dan saling membantu.
*🕯Masuk "Usia Tua*", kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.
*🕯Saat "di Ambang Ajal*", kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
*🕯Hidup tidaklah lama*.
Sudah saatnya kita bersama sama membuat
*HIDUP LEBIH BERHARGA* :
Saling menghargai,
Saling membantu,
Saling memberi,
Saling mendukung, dan
Saling mencintai
*🕯Jadilah teman setia tanpa syarat*
Tunjukkanlah bahawa kita masih mempunyai Hati Nurani yang tulus.
Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.
*🕯Allah tidak pernah menjanjikan*
bahawa: langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.
*🕯Tapi ketahuilah bahawa Allah* :
Selalu memberi pelangi dalam setiap badai.
Memberi senyum dalam setiap air mata.
Memberi kasih sayang dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan dalam setiap doa.
*🕯Jangan pernah menyerah*,
Terus berjuanglah, Life is so beautiful and colourful.
*🕯Hidup*
Bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah perjalanan.
*🕯Saudaraku*
Indahnya hidup bukan kerana ramai orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang bahagia kerana kita.
*✂Jangan pernah menjadi "gunting"*.
Kerana gunting dapat memotong sesuatu menjadi terpisah, namun jadilah *"benang"*, meskipun lembut tetapi dapat menyatukan apa yang sudah terpisah...
Salam Ukhwah

Monday, March 27, 2017
DAFTAR HAJI
Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang.
Kerana apabila wang RM1300 ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji.
Kalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula.
Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama. Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun.
Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300.
Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji.
Caranya adalah menggunakan penyata KWSP.
Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300.
Bawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji.
Tanpa perlu mendepositkan sesen pun. Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini.
Dari : Hj Mohd Lutfi (TH)
Sunday, March 26, 2017
Syurga Seorang Isteri!
Untuk isteri yang sering alpa sepertiku..
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.
Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.
Friday, March 24, 2017
Teknik Hindar Gangguan Jin/Syaitan Laknatullah
KHAS UNTUK PEREMPUAN
47 teknik hindar gangguan jin/syaitan laknatullah 🔥😈👹👺
1. Jgn sidai baju dlm bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai , kita yg kena.
2. Jgn biar baju di sidai di luar berembum. Biarkan di luar , esok basuh balik br jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dlm rumah. Ambik sblm maghrib.
3. Jgn biar nasi berterabur di lantai. Jin akan makan. Seolah2 menjemput masuk dlm umah, hbs makan malam bersihkan.
4. Jgn buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang2 yg terbuka.
5. Bykkn bersedekah utk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.
6. Berhenti seketika ketika perjalanan dlm waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, byk setan berkeliaran. Singgah kedai kopi atau masjid.
7. Jgn biarkan anak main luar umah waktu maghrib.
8. Jgn bercakap dlm tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dgn dia.
9. Jgn kencing berdiri. Jin / syaitan yg disambar petir yg cacat akan sihat semula bila kena CoPyPasTng org berdiri.
10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambik taik dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.
11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dgn sudu dan bc bismillah..kalau tutup penuh lg bagus. Setan akan berak kencing dlm makanan terbuka lama.
12. Jgn makan mknn yg terbuka lama.
13. Jgn tido kaki mngadap ke kiblat. Tido mengiring ke kanan, bdn muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tido kaki mengadap ke kiblat. Masuk melalui kaki.
14. Jgn gantung gambar bernyawa dlm rumah.
15. Jgn pamerkan patung kecuali mainan anak.
16. Gunakan jam tawaf di rumah. Utk dptkan aura tawaf. 1 kes, gantung jam tawaf dlm umah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.
17. Amalkan ayat Manzil.
18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.
19. Basuh pad wanita sebelum buang dlm tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.
20. Jgn makan/minum dgn tangan kiri.
21. Basuh pinggan makan slps makan malam.
22. Sediakan semburan air yg telah di ruqyahkan utk persiapan. Kalau apa2 spray je.
23. Solat jemaah dlm keluarga at least 3x seminggu.
24. . Masuk rumah bg salam, auzubillah, bismillah, masuk kaki kanan.
25. Jgn tido antara asar dan maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.
26. Peluk isteri suami setiap bgn pagi.
27. Peluk dan cium anak bila pergi sekolah.
28. Tiupkan al fatihah di ubun2 anak2 ms tido dan niatkan .
29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf ms nk masak nasi. Niat . Utk kebahgiaan.
30. Jgn makan organ dalaman binatang. Cth hati.
31. Letak ais pd pipi sekali sekala . Zon himunisasi.
32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Utk keluarkan haba panas dlm badan dan kebaikan organ dalaman.
33. Mandi garam pg dan petang.
34. Pakai minyak kasturi kijang gold sebelum tidur 1 keluarga, jin tak suka wangi2an.
35. Digalakkan berhubungan dgn suami/isteri 3x seminggu.
36. Dilarang berhubungan dgn isteri/suami dlm tandas.
37. Amalan zikir asma ul husna.
38. Sedekah selepas subuh. Utk income byk, banyakkan bersedekah. Zakat dulu di awal bulan.
39. Makan kurma 1 hari 1 biji
40. Makan garam bukit setiap pg. Garam utk neutralkan asid dlm bdn.
41. Baca doa utk lembutkan hati suami isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.
42. Bc surah al falaq 11x sblm tido, 3 kali ayat qursi.
43. Bc bismillah 5, 3x sblm makan. Bismillahillazi...terlindung dr santau.
44. Selawat nabi 3x pd nabi sulaiman ketika nk ambik daun waktu malam.
45. Psg lampu ketika tggl rumah, jgn biar gelap.
46. Pagar rumah 3x sebulan. Pakai garam.
47. Segalanya serah pd Allah taala...
Tawakal pd dia...berdoa setiap pg waktu subuh.
#CoPyPasTe
Wednesday, March 22, 2017
Akulah SOMBONG!
Assalamualaikum..
Selamat pagi...
Apa itu SOMBONG!
Selamat pagi...
Apa itu SOMBONG!
“Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia”(Riwayat Muslim)
“Sombong adalah keadaan
seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri. Memandang dirinya
lebih besar dari pada orang lain, Kesombongan yang paling parah adalah
sombong kepada Rabbnya dengan menolak kebenaran dan angkuh untuk tunduk
kepada-Nya baik berupa ketaatan ataupun mengesakan-Nya”. (Fathul Bari’ 10/601)
Allahurabbi...
SOMBONG membuat kita menjadikan Dunia itu lebih daripada Akhirat..
Orang yg SOMBONG adalah orang yang tidak takut akan Hari Pembalasan..
Tempat hakiki kita yang sebenarnya..
Berusahalah untuk memperbaiki diri..
Jangan pernah merasa kita lebih baik daripada orang lain..
Disisi Allah hanyalah amalan kita yang sebenar2nya yang akan dipandangNYA..
Kerana segala sesuatu itu datang dariNya..
Kita hanyalah makhluk yang lemah..
Peringatan untuk diri sendiri..
Tuesday, March 21, 2017
Mencapai Redha Allah SWT
KURANGKAN KEGELISAHAN HATI UNTUK MENCAPAI REDHA ALLAH SWT.
Kegelisahan hati seseorang itu terlahir akibat tidak adanya keseimbangan antara harapan di hati, fikiran dan kenyataan.
Permasalahan hidup manusia muncul kepermukaan disebabkan hanya semata-mata persepsi pada logik akal yang sempit dalam berfikir.
Dalam hidup seorang mukmin segala apa yang terjadi dalam kehidupan ini diposisikan semata-mata atas kehendakNya. Bukan hanya mengandaikan semata-mata pada akal manusia, sebab kadang-kadang akal ini diselimuti oleh hawa nafsu manusia itu sendiri. Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an Surah At-Taghaabun, ayat 11:
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Dalam kehidupan manusia, permasalahan hidup berupa dugaan dan cabaran, pada hakikatnya bukan untuk kita lari dan dihindari, akan tetapi harus dihadapi dan dicari solusi. Kerana hidup itu sendiri hakikatnya adalah sebuah ujian, cabaran dan permasalahan. Mengapa kita mesti menghindari? Di sinilah kadang-kadang kita lupa pada hakikat kehidupan yang sebenar.
Yang menjadi masalah dalam menghadapi kehidupan ini sebenarnya adalah cara kita sendiri yang salah dalam menghadapi masalah. Bagi sebahagian orang, kegelisahan hati itu muncul didasari oleh perilaku kita yang belum sampai ke tingkat yakin akan sangat dekatnya pertolongan Allah. Ertinya segala persoalan dan kesulitan yang ada dan menimpa kita –sekecil apapun—justeru seringkali membuahkan rasa marah, cemas dan gundah gulana yang membuat hati menjadi resah gelisah.
Keadaan hati yang gelisah akan mengakibatkan pada persepsi menyingkapi hari demi hari hidupnya dengan berbagai macam keluh kesah, amarah, dan perilaku yang serba salah. Hal ini menyebabkan hidup kita menjadi stress.
Jika kita tidak mahu menjadi orang yang stress dan ingin menikmati hidup dengan kebahagiaan dan ketenangan, maka kita harus mencari jalan keluarnya untuk meredakan resah gelisah hati menghadapi berbagai persoalan dalam kehidupan ini.
Tazkirah hari ini, ingin berkongsi sedikit dengan sekalian tentang langkah untuk meredakan kegelisahan dalam hidup untuk meraih redha Allah SWT. Adapun sebahagian langkah tersebut adalah:
1. Harus Memiliki Keyakinan Yang Mantap kepada Allah SWT.
Sebahagian di antara kita apabila gelisah hati datang menimpa, ternyata lebih sibuk dengan fikiran yang mencemaskan perbuatan-perbuatan makhluk dan mengharapkan datangnya bantuan makhluk berbanding harapan kepada Allah SWT. Padahal secara nyata, tidak ada satu pun makhluk yang dapat menimpakan mudharat atau mendatangkan manfaat, melainkan dengan izinNya.
Firman Allah SWT dalam al-Qur'an Surah Yunus, ayat 107:
وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".
Dengan demikian, setiap tanda-tanda kejadian yang menimpa kita sebenarnya akan menjadi sarana yang paling tepat untuk kita bermunajat kepada Allah SWT, sehingga membuat kita semakin ingat padaNya, taqarrub dan tidak pernah melupakanNya.
Dengan Perilaku seperti itulah sebenarnya rahsia ketenangan dan kebahagiaan sejati hidup di dunia yang In shaa Allah akan menjadi bekal kebahagiaan yang kekal di akhirat nanti.
2. Memiliki Ilmu Agama Yang Benar Dan Manfaat.
Setelah memiliki keyakinan diri yang mantap kepada Allah SWT, maka ilmu agama yang benar adalah modal kedua untuk dapat meredakan kegelisahan hati seseorang. Janganlah sekali-kali kita bermimpi dapat hidup tenang dan bahagia (baca: terbebas dari gelisah hati) sekiranya kita tidak memiliki ilmu agama yang benar untuk mengharungi jalan hidup yang tidak selalu lurus dan bersih dari berbagai ujian dan cubaan serta ujian yang wajib dilalui oleh setiap manusia.
Dengan ilmu lah kita dapat mengetahui dan membezakan antara halal dan haram, hak dan batil, benar dan salah, baik dan buruk. Allah SWT berfirman dalam Surah Mujadalah ayat 11:
*يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ*
"Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah SWT Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan".
3. Menghadiri Majlis Ilmu, Zikir, Membaca Al-Qur'an.
Ketiga faktor di atas dapat mengingatkan hati kita kepada Allah SWT. Dengan mendatangi majlis ilmu, majlis Zikir atau dengan membaca baca Al-Qur'an atau dengarkanlah baik-baik orang lain yang membacanya. Sekurang-kurangnya ianya akan dapat mengurangkan keresahan dan kegelisahan dalam hidup kita. Allah SWT berfirman dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 28:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".
4. Beribadah Pada Waktu Dan Tempat Yang Sunyi, untuk menyembahNya.
Misalnya dengan bangun di tengah malam, ketika orang-orang sedang tidur nyenyak, kita bangun mengerjakan solat malam, memohon ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran, dan kemurnian hati kepadaNya. Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an Surah Al-Isra', ayat 79:
*وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا*
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat nanti di tempat yang terpuji".
5. Kawal Emosi Diri Dengan Sebaik-baiknya.
Jika ada suatu persoalan hidup dirasakan pahit dan amat berat, maka sebetulnya semua itu semata-mata kerana kita belum mampu memahami hikmah disebalik kejadian tersebut. Oleh kerana itu, bilamana datang suatu kejadian yang mencemaskan, segeralah kuasai emosi diri dengan sebaik-baiknya.
Jangan menyeksa diri dengan fikiran yang diada-adakan atau mempersulit diri, sehingga semakin menyeksa diri. Ertinya janganlah sedikitpun terfikir dalam pola fikir kita sesuatu anggapan bahawa rencana kita lebih baik daripada rencanaNya. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 216:
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah SWT jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya".
6. Sempurnakan Usaha Kita Untuk Mendapatkan PertolonganNya.
Dalam hidup ini harus kita yakini bahawa setiap segala kejadian tentu atas ketentuanNya. Ertinya manakala kegelisahan hati melanda hidup kita, maka segeralah kembalikan segala urusan hanya kepada Allah SWT.
Tanamkan keyakinan dalam hati akan kesempurnaan pertimbangan dan kasih sayangNya serta segera bulatkan tekad bahawa Allah SWT-lah satu-satunya Zat pemberi jalan keluar dalam hidup ini.
Langkah selanjutnya, setelah hati dan keyakinan kita bulat, segeralah pula bulatkan usaha dan ikhtiar untuk mencari pertolongan Allah dengan amalan-amalan yang dicintaiNya. Kekuatan ikhtiar ini merupakan kesempurnaan akan kekuatan manusia untuk mengatasinya. Allah SWT berdirman dalam al-Qur'an surah Ar-Ra’d, ayat 11:
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَاq لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya".
Ya Allah berilah ketenangan jiwa dalam hati dan fikiran kami, dan jadikanlah kegelisahan hati yang menimpa kami, sebagai ladang amal dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kami kepadaMu. Mudah-mudahan kami akan sentiasa menjadi hambaMu yang sholeh. Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.

PENAWAR KANSER dengan surah Al Fil.
Setiap kali lepas sembahyang baca
Surah Al Fatihah - 1 kali
Surah Al Ikhlas - 3 kali
Selawat ke atas nabi - 3 kali
Surah Al Fil - 21 kali
Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati."
Tahukah anda ada satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser?
Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.
Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.
S U R A H A L - F I L
Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfil
Alam yaj 'al kaidahum fitadhlil
Waarsala 'alaihim toiran ababil
Tarmihim bihija ratim minsijjil
Faja'alahum ka asyfim makkul
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ
Maksudnya:
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah..?
(Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)(1)
Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka..?(2)
Dan Allah telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan..! (3)
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras..!(4)
Lalu Allah menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat..!(5)
-------------------------
Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser
1. Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.
2. Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.
3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!
(Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu)
* Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.
* Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.
* Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.
***Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.
#PS: Dr H pesan "Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar. Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt".
Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud.
Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimanfaatkan. Aminnn.
Terima kasih Ustaz ADAM S.H.

Welcome on Board Kiki....
18 March 2017
Welcome on board Kiki (My new scooter Yamaha N Max)
Name of Kiki given by anak bongsu Ciklong...
So, start over on, kita panggil Kiki je la...
Alhamdulillah, Allah permudahkan walaupun dugaan datang sehari sebelum Kiki keluar..
Abah (Suami Ciklong) accident..Jatuh motor...Pitam masa bawa motor... Kuasa Allah, ada seorang Mat Saleh bantu abah tp abah sendiri hilang kesakitan dan dapat bawa motor balik hingga ke rumah..
Allah punya kuasa segalanya...Kita hanya makhlukNYA yg lemah...
Ok..Berbalik pada Kiki...
Yamaha N Max hanya ada 2 colour....Grey and Red..
We choose grey tapi suddenly no stock...Nak tunggu lambat lagi, so terpaksa ambil Red...
Ciklong tambah sikit accessories, visor dan GIVI box...
Oh Kiki......Tarraaaa.....ini lah Kiki...

Dah selamat parking dekat rumah dah...
Masa pasang box pagi tadi
Yeayyy....Bike abah dah ada kawan...Same colour...Hehehe
Thank You Mak Ayah
Assalamualaikum...Salam Sejahtera daripada Pena Umie Lawi...
Saya bahasakan diri saya sebagai Ciklong..
Simple details tentang Ciklong for sure because Ciklong adalah anak pertama daripada 6 org adik beradik..
Ciklong berasal dari Kuala Berang, Terengganu (Nearest Tasik Kenyir)..
Ciklong dah berkahwin dan ada sepasang cahayamata amanah Allah SWT..
Terima kasih kerana melawat blog Ciklong yang mana Ciklong baru berjinak2..
Semoga memberi manfaat kepada semua reader and thank you..
First of all, for first post entry, Ciklong nak share about my family..
Thank you Mak Ayah kerana membesarkan Ciklong menjadi Ciklong sekarang..
Without them, siapalah Ciklong hari ini..
Below are my lovely Mak Ayah
My Lovely adik2....Ayah xikut sebab ayah xsuka jalan2...Hehehe
Sejak belajar lagi Ciklong sudah berdikari untuk buat apa jua benda sendiri tanpa mengharapkan apa2..Mak Ayah ajar Ciklong untuk berdikari dan kuat hadapi apa jua cabaran..
Apa jua dugaan hidup ini, life must go on...
Bersabar dan bertabahlah....!!!
Salam Sayang....

Subscribe to:
Posts (Atom)
KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG
1. TIDAK MEMBENCI Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu. 2. TIDAK MERUNGUT Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakka...

-

KURANGKAN KEGELISAHAN HATI UNTUK MENCAPAI REDHA ALLAH SWT. Kegelisahan hati seseorang itu terlahir akibat tidak adanya keseimbangan antara h...
-
Lihat kubur, luangkan waktu hanya 2 minit sahaja untuk membacanya: Nasihat Kubur: 1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg...